Tuesday, April 14, 2009

Response after my Star gazing.

Didn't i mention i did my star gazing last week , at first i was poorly dissapointed with the turn out coz only around 27 guys list their names but then after the end of the week the numbers increased and last monday i send this :-


Selamat pagi Prof, Dr, Tuan-tuan dan Puan-puan. Seawal pagi begini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada siapa yang telah menyertai " MALAM SERIBU BINTANG STAR GAZING 2009" pada jumaat lepas 10, April 2009 di Kelab Golf UP.......

Kemeriahan dan penglibatan Tuan-puan amatlah saya hargai dan saya amat berbangga sebab ada sebahagian kita yang terlalu asyik melihat bulan dan planet sehingga sampai pukul 12 malam. Untuk pengetahuan sesiapa yang tidak sempat menyertai Star Gazing pada malam itu, kami sempat melihat dengan jelasnya Planet Saturn seperti yang telah di janjikan kerana bulan April 2009, Planet Saturn paling dekat pada bumi dan fenomena ini hanya berlaku setiap 4 tahun sekali, so rugilah sesiapa yang tidak dapat melihat keindahan Planet Saturn pada malam itu.

Walaupun hujan agak lebat pada awal malam itu tetapi pada pukul 10.00 malam hujan reda dan langit terbuka luas. Keindahan bulan susah untuk saya gambarkan di sini tetapi saya masih teringat ungkapan Dr. Maria Chong " The moon is so beautiful Allan".

Kepada Dr Habibah Abdul Jalil, terima kasih kerana mencetuskan idea untuk mengadakan Star Gazing , kepada AJK saya yang telah berhempas pulas menjayakan malam ini , ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda dan syabas dan akhir sekali kepada siapa yang hadir pada malam itu, ribuan terima kasih daripada saya dan AJK saya, sokongan tuan-puan amatlah kami hargai, segala penat lelah kami terbayar selepas mendengar komen yang positif daripada tuan-puan.

Kepada tuan-puan yang tidak sempat menyertai aktiviti anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi , saya berharap kehadiran anda di masa-masa akan datang kerana bukan saja anda terlepas peluang yang hanya julung-julung kali di adakan tetapi saya rasa penglibatan tuan-puan akan lagi menyemarakkan lagi aktiviti kita, sekali gus mengeratkan tali persaudaraan kita. Hadiah terbesar bagi kami AJK adalah bilangan penyertaan, sokongan dan feed back daripada tuan-puan,jadi sekali lagi saya meminta luangkan sedikit masa anda untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH.





Allan Lajot
Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi.


I normally express my thankfullness to my patrons for coming to any event and to my surprise i got this response:-


1. From Dr Maria Chong Abdullah.

Thanks to you Allan and the committee members of the star gazing program for creating such a meaningful and informative program for all of us. I am proud to be part of this historical event (to observe planet Saturn) and I was excited to see the surface of the moon which I could only see in the text books and magazine. I hope to see more of this in the future, so I hope there will another star gazing event after this.

Thank you again,

Maria

2.

Tahniah Allan dan ahli Jawatankuasa.
We had a good time.
Learn so..... much.
Allah is truly great.

...Dr Rusnani

3.
Dear Mr Allan,

The good guts come along without saying. Gembira tengok u all kerja. So in 4 years time kena buat lagi lah so that boleh tgk saturn lagi after i come back from wyoming (harapnya on time i habis). Keep up great work!

Noor Syamilah Zakaria
Jab Pendidikan Kaunselor & Psikologi Kaunseling

So i guess my sweat paid off for the positive comments. This is just one of the many other patron response.