Tuesday, March 11, 2008

MALAYSIAN POLITICS

I found this on one of my favourite blogs .. bacalah. interesting sangat.

1 . Man U , Chealsea .. Tumbang

02. Samy Vellu , Koh SU Khun , Sharizat .. Tumbang

03 . Perak , Penang , KL , Selangor dan Kedah .. BN Tumbang..

04. Rumah Tumpangan Sabul tetap beroperasi spt biasa.

TQ - Update on wednesday selepas pebentukan parlimen baru

Bahawa Kami, memohon agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara terhormat sebelum Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan UMNO yang akan akan datang.

Tidak perlu berselindung lagi bahawa kekalahan besar Barisan Nasional di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan adalah rentetan ketidakpuasan hati rakyat terhadap dasar ekonomi, pentadbiran dan pelaksanaan Islam Hadhari oleh pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.

Kekalahan di negeri-negeri pantai barat terutama di kawasan pengundi kaum cina membuktikan perjuangan laman ini dan ramai lagi ahli UMNO serta laman-laman web milik ahli atau penyokong UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini. Tindakan Abdullah menaikkan harga petrol secara keterlaluan, harga tol yang mendadak dan kenaikan kadar pinjaman asas telah menyebabkan rakyat di kawasan bandar mengalami kejutan inflasi yang bukan sedikit kesannya. Sungguhpun dirayu dan dipohon mempertimbangkan keadaan, pentadbiran Abdullah memilih untuk terus membuat dasar-dasar ekonomi yang tidak menguntungkan golongan peniaga kecil.

Tindakan memperkenalkan Islam Hadhari dan promosi berlebihan mungkin menarik perhatian penduduk pantai timur, namun di negeri-negeri yang komposisi kaumnya pelbagai agama ia menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak puas hati di kalangan bukan Islam. Manakala di negeri seperti Kedah yang mempunyai banyak sekolah pondok dan kelas pengajian agama, Islam hadhari dianggap satu kecelaruan dari Islam sebenar.

Di Kedah juga ramai yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Abdullah dan akhbar-akhbar yang dikuasai oleh UMNO memperlekehkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Di kalangan pemimpin akar umbi UMNO sendiri melihat bagaimana banyak projek-projek hanya dijalankan di bawah setelah kedudukan Pak Lah tergugat akibat diasak oeh Tun Dr. Mahathir. Mereka melihat jika Pak Lah menang besar sekali lagi, maka kebongkakan pentadbiran Pak Lah akan berterusan seperti yang berlaku selepas 2004.

Di sebalik cuba mentadbir negara dan membawa kemajuan, Pak Lah mahu menjadi pemimpin popular yang cuba memuaskan hati semua pihak terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional. Hasilnya di kalangan penyokong UMNO dan BN merasa kecewa dan berpendapat mereka tidak penting.

Pak Lah juga banyak mengenepikan kepimpinan UMNO yang dipilih oleh perwakilan. Sebaliknya hanya mendengar cakap penasihat-penasihatnya yang bukan pun pemimpin UMNO seperti Datuk Kalimulllah Hasan, Datuk Anuar Zaini, Datuk Kamarulzaman dan Khairy Jamaluddin. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin UMNO yang telah setia bersama UMNO ketika zaman jatuh dan bangun sejak 20 tahun lalu.

Tindakan Pak Lah memberi ruang terlalu ramai kepada sahabat-sahabat beliau bekas pemimpin semangat 46 seperti Radzi Sheikh Ahmad sehingga melebihi kuasa mereka yang setia bersama UMNO pada 1988 dan 1998 memberi banyak kesan sampingan. Ramai yang melihat Pak Lah yang mereka sokong dan dokong sebagai pengganti Dr. Mahathir telah mengkhianati mereka.

Krisis politik di Kubang Pasu, dan kemudiannya Perlis menyaksikan pengaruh terlalu besar Radzi Sheikh Ahmad dalam parti menyebabkan ramai akar umbi UMNO tidak berpuas hati. Lihat sahaja mengapa sehingga hari ini Datuk Seri Shahidan tidak diberi watikah untuk mneghadap Raja Perlis bagi membentuk kerajaan sungguhpun beliau berjaya menang besar dalam pilihan raya umum?

Dalaman UMNO juga tidak berpuas hati dengan tindakan Abdullah melucutkan jawatan Datuk Ibrahim Ali tanpa sebab disiplin yang jelas. Bagi pemimpin UMNO dibawah, jika Ibrahim Ali yang menang bertanding sebagai Ketua UMNO Pasir Mas pun boleh dibuang, apatah lagi pemimpin UMNO lain.

Dalam pentadbiran kerajaan, Pak Lah meruntuhkan kredebiliti sistem kehakiman, pasukan polis dan anggota pentadbiran kerajaan. Hasilnya banyak undi di kalangan kumpulan ini beralih kepada pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Pak Lah. (betul ke polis undi pembangkang?) Pak Lah juga diingati kerana keputusan-keputusan yang berubah-ubah sehingga
menimbulkan kemarahan ramai orang. Dari isu jambatan bengkok, penjualan aset khazanah Nasional, MV Augusta dan dasar pro Singapura sehinggalah tindakan Pak Lah menafikan akan membubarkan Parlimen pada 13 Februari lalu.

Ini menimbulkan kemarahan rakyat di Pantai Barat yang lebih banyak terdedah dengan laporan media internet. Mereka tidak melihat masa depan bersama pemimpin “flip flop” yang banyak dikatakan dikausai oleh anak-anak muda Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.

Banyak lagi jika mahu ditulis kelemahan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi. Cukuplah sekadar sebahagian kenyataan ini untuk menyatakan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu meletak jawatan kerana dasar pentadbiran dan imej peribadi beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar rakyat.

Dalam pilihan raya umum kali ini, banyak wakil rakyat yang telah berkhidmat dengan cemerlang turut tumpas kerana masalah pentadbiran Abdullah. Wajarkah ramai lagi menjadi mangsa dalam pilihan raya akan datang?

Selagi Abdullah menjadi Perdana Menteri dan meneruskan dasar-dasar ekonomi semberono ini, publisiti keterlaluan terhadap Islam Hadhari dan penguasaan golongan tertentu di Jabatan Perdana Menteri, selagi itu rekod dan perkhidmatan wakil rakyat BN di kawasan bandar tidak akan memberi apa-apa erti.

Dalam pilihan raya kali ini pembangkang tidak pun bekerja keras kerana Abdullah telah memusnahkan UMNO dan BN selama empat tahun lalu. Justeru saya sebagai ahli UMNO dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Semua parti ini tentunya bergembira tetapi kegembiraan luar biasa dikecapi PKR apabila melonjak daripada satu kerusi yang nyawa-nyawa ikan di Permatang Pauh. Tidak pernah wujud lanskap politik seumpama ini di Malaysia — tidak pada era reformasi 1999, tidak sewaktu perpecahan Umno menjelang 1990 dan tidak juga keresahan 1969.

Hari ini seseorang yang membuka mata, dan dengan penuh sedar cuba memahami, dia sebenarnya telah melangkah ke sebuah dunia baru yang tidak pernah dikenalinya –sama ada menawarkan harapan indah atau cabaran membingungkan.


so .. apa kata SURVEYYYYYYYYYYYYYYYYYYYY.......... APOOOOOOOOOOO

New Jobs on the run.

I don't think i wrote this, but a few week before, well.... before the internal auditors came to the campus and all of us are preparing for it, i had a very bad insident with our boys at our Workshop. They are things that i can put up, but knowing that i am a sicko.. ( typical perfectionist) hehehe i had a big misunderstanding with the Workshop guys.

I am not sure if its me but one thing i know, these guys are uncontrollable. They was left alone without anyone on top, made them bigheaded. Anyway i told Nalong that we should do something out of this soon after they auditors visit ends.
Then last week , after they've gone back, we had a meeting, which during the meeting i express my dissapointment and hoping that there would be at least some changes. Like some other typical Government agencies, those who talk alot will do the work, which i accepted freely.

So yesterday i had a meeting with they boys and make some major changes in the small organization itself. I decided to break them down into groups, like En Aizam said " DEVIDE AND CONQUER" AHAKS... En Aizam told me that , thats how the Brits did in the early years, honestly i never think about it that way.. all i know is that i need to split them so that, only when they are least stronger , then i could go in and make things right.

I made a few changes here are there, and i decided to split them into 2 sub divisions, hence making them compete with each other ( well in a good way), so that ownership is made for the work they did. My hopes are , these boys would work harder and intelligently so my work is lighter, but before that i need to control them, and show them , that they are one of the most important part of the organization , that without them and thier help they whole Organization is non-functional.

Pray hard that everything is going to be okay. Tapi perasan pulak , kerja tambah banyak pulak sekarang ni kan.