Semalam kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 50, jadi hari ini , saya bercadang untuk membuat entry saya di dalam Bahasa Malaysia ... well saje je lah untuk menghormati hari bersejarah di setiap hati dan sanubari warga Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur kerana dari dulu sampailah sekarang kita masih hidup di dalam satu Malaysia yang aman dan damai, bersyukur sebab bumi kita ini belum bergerak balik kearah kita, kita masih mampu berkerja dengan selesa dan rezeki itu di mana-mana dan kita masih mampu tersenyum pada hari ini , esok dan hari-hari yang akan mendatang.
Semalam kampus kami juga menyambut hari yang bersejarah ini dengan suatu sambutan yang sederhana dan baget hehehe berbanding dengan kampus induk yang boleh dikatakan mewah dengan baju perlbagai warna dan pentas yang berkilau dan latarbelakang yang mahal. Tapi berbeza bagi kami di Kampus cawangan dengan pentas yang ala kadar dengan latarbelakang DIY atau dibuat sendiri dengan steirofoam dengan ala ala lukisan dan hiasan ala ala retro. Punyalah perbezaan itu ketara. Itulah persoalannya dan hakikat sebenarnya, kenapa pelajar berebut-rebut ke kampus induk dan cuba menolak sedaya upaya kampus cawangan.
Tapi sambutan tetap sambutan dan meriah tetap meriah tetapi terlintas juga di fikiran kami adalah sambutan akan bebeza kalau baget itu lebih besar ... entahlah mungkin iya mungkin tidak.
Sambutan tetap sambutan tetapi harus diingat bahawa merdeka jangan hanya timbul pada sambutan tetapi juga pada jiwa dan sanubari. Minda kita harus merdeka dan bergerak ke hadapan supaya Negara kita menjadi lebih maju dan di limpahi dengan segala kebaikan, barulah kita dapat menikmati hidup yang lebih progresif dan dinamik.
No comments:
Post a Comment