Last week on the 18th October 2008 is our Hari Raya Celebration for our faculty. Traditionally every year in Bintulu the campus would have a raya celebration as well and being the person that i am ( malas) hehe i would only help with the decoration especially for my Department, but this year i have to organize it for the whole faculty consisting of around 150 staf altogether.
Penat juga just imagine not budget towards this coz in Bintulu the University use to sponsor all of this but its different here in Serdang coz the Comitee have to think of finding the money and sponsporship ( tapi no hallah sebab its a little bit easier here to find sponsors)
Oh one more thing have have arange to do some karaoke session but the dean was not very keen on that so we have to call it off. Penat aku suruh Andy hantar CD tagalog ke KL ni apooooooooo.
Anyway the celebration is okay, some games and a lot of hampers. Tu lah yang staf suke tu. hehe.
This is my speech...
Yang berbahagia Dekan Fakulti …., Timbalan-Tibalan Dekan…, Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai Akademik dan bukan akademik, tuan-tuan dan puan-puan dan rakan-rakan sekalian.
Selamat datang & Salam syawal saya ucapkan. Saya rasa tidak lewat bagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Hari ini adalah hari untuk kita bersama merayakan aidilfitri diperingkat fakulti dengan sederhana tetapi dengan penuh kesyukuran.
Sambutan hari raya pada peringkat Fakulti ini adalah aktiviti pertama Ahli Jawatan Kuasa yang baharu di lantik. Ianya di adakan untuk menyambut hari raya yang dengan harapan ianya dapat menjalin persabatan yang lebih erat , saling kenal mengenal and saling maaf memaafi antara satu dengan yang lain.
Walaupun sambutan kali ini agak sederhana, tetapi banyak kerja dan persediaan telah dibuat oleh AJK mulai dari perbincangan sehinggalah kerja memasang pentas , persediaan banner dan banyak lagi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK saya yang telah menyumbang banyak tenaga, kreativiti dan masa untuk menjayakan sambutan ini. Setiap titik peluh yang tuan-tuan dan puan-puan taburkan amat saya hargai.
Tahun ini adalah tahun pertama saya merayakan Aidilfitri di OPS.. Serdang dan FPP khasnya, banyak perbezaannya daripada tahun-tahun lepas tetapi saya pasti kemeriahan itu di mana-mana selagi kita bersatu , mengenali antara satu dengan yang lain dan yang paling penting saling hormat menghormati.
Akhir kata daripada saya , selamat hari raya Aidilfirtri , Maaf Zahir dan Batin. Berilah sokongan yang padu kepada kami AJK yang baru di lantik dan kami menjanjikan aktiviti yang lebih besar meriah di masa-masa akan datang. Semoga tuan-tuan dan puan-puan bergembira dengan sajian dan persembahan yang telah disediakan.
Sekian dan Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment